Skip to main content

Iklan

Iklan

Calon GE2020 PAP berbelanja hampir S$7 juta; pembangkang S$2.2 juta

Para calon dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) membelanjakan S$6.97 juta semasa Pilihan Raya Umum (GE2020) pada bulan lalu, manakala para calon pembangkang membelanjakan S$2.19 juta.

Anggaran Waktu Membaca:
Calon GE2020 PAP berbelanja hampir S$7 juta; pembangkang S$2.2 juta

Gambar fail TODAY.

Diterbitkan : 22 Aug 2020 03:17PM Dikemas Kini : 22 Aug 2020 03:18PM

SINGAPURA: Para calon dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) membelanjakan S$6.97 juta semasa Pilihan Raya Umum (GE2020) pada bulan lalu, manakala para calon pembangkang membelanjakan S$2.19 juta.

Secara keseluruhannya, 192 calon yang bertanding dalam GE2020 membelanjakan S$9.16 juta, dengan sebahagian besarnya dibelanjakan untuk pengiklanan, menurut rekod yang didedahkan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat (21 Ogos).

Perbelanjaan itu sekitar 30 peratus lebih tinggi berbanding S$7.1 juta yang dibelanjakan semasa GE2015.

Kesemua 93 kerusi di 31 kawasan undi ditandingi oleh 191 calon dari 11 parti politik dan seorang calon bebas.

PAP memenangi 83 kerusi dalam GE2020 dan meraih 61.2 peratus undi.

Analisis perbelanjaan itu turut menunjukkan bahawa perbelanjaan para calon daripada semua parti politik adalah jauh lebih rendah berbanding S$4 yang dibenarkan bagi setiap pengundi.

Di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, semua calon yang bertanding dalam pilihan raya pada 10 Julai lalu mesti mengisytiharkan perbelanjaan pilihan raya masing-masing. Rekod perbelanjaan tersebut boleh diperiksa dari Jumaat hingga 20 Feb 2021.

Dalam kalangan parti pembangkang, Parti Kemajuan Singapura (PSP) - yang bertanding di sembilan kawasan undi dalam GE2020 - berbelanja paling tinggi dengan S$781,275.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan