GE2020

Images
  • Gan Siow Huang
    Balon baru PAP Gan Siow Huang beertanding di SMC Marymount. (Gambar: TODAY)

Calon-calon baru PAP, Gan Siow Huang, Yip Hong Weng bertanding di SMC

SINGAPURA: Calon-calon baru Parti Tindakan Rakyat (PAP) Gan Siow Huang dan Yip Hon Weng masing-masing akan bersaing di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Marymount dan Yio Chu Kang.

Kedua-duanya pada Selasa (30 Jun) menyerahkan kertas penamaan calon mereka di pusat penamaan calon Sekolah Menengah Deyi.

Cik Gan, 45 tahun, akan berdepan calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) Encik Ang Yong Guan manakala Encik Yip, 43 tahun akan bersaing dengan calon PSP Kayla Low.

Cik Gan, brigadier jeneral wanita pertama dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) awalnya dijangka bertanding dalam pasukan GRC Bishan-Toa Payoh.

Encik Yip ialah seorang kakitangan awam khidmat kerjaya, dan sebelum ini, ketua kumpulan bagi Agensi Jagaan Bersepadu Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) dan pernah menjadi penasihat penyepaduan penjagaan di Kementerian Kesihatan (MOH).

Kedua-duanya diperkenalkan sebagai calon oleh PAP pada minggu lalu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

- TODAY/NK/nk

Top