Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bahas isu kaum baik bagi pelajar, tapi perlu saling hormati: Ong Ye Kung

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata adalah baik bagi para pelajar berbahas pandangan yang berbeza tentang isu kaum. Namun mereka perlu melakukannya secara hormat dan mengambil kira konteks tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2020 08:45PM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 09:14PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata adalah baik bagi para pelajar berbahas pandangan yang berbeza tentang isu kaum.

Namun mereka perlu melakukannya secara hormat dan mengambil kira konteks tempatan.

Encik Ong berkata demikian semasa melawat Sekolah Menengah Tampines sempena sambutan Hari Keharmonian Kaum, pada Khamis (16 Jul).

KAJI JIKA TIDAK PASTI

Apabila ditanya tentang kaum mana yang dikaitkan dengan permainan 'Capteh', beberapa pelajar di Sekolah Menengah Tampines menjawab kaum Melayu.

Namun sebenarnya, permainan itu berasal dari China.

Mesej yang ingin disampaikan dalam sesi itu adalah perlunya membuat kajian jika tidak pasti.

Sesi seperti itu mendapat perhatian pada Hari Keharmonian Kaum kali ini.

Sekolah-sekolah sekarang menggunakan pelbagai senario untuk berbincang secara santai, tentang isu perkauman dan stereotaip.

KONTEKS S'PURA BEZA DENGAN BARAT

Namun dengan akses kepada media sosial dan berita perkembangan dunia, Menteri Pendidikan Ong Ye Kung mengingatkan golongan belia agar tidak memandang Singapura dari kaca mata dunia barat.

"Kita sering dipengaruhi media sosial Amerika, budaya popular Amerika. Tetapi kita bukan rakyat Amerika. Sejarah yang sangat berbeza," kata beliau.

"Anda boleh berbeza pendapat. Secara terhormat pastinya, dan kemudian inilah caranya para pelajar dapat mendalaminya. Saya fikir sekadar memberitahu pelajar, memberi mereka bahan bacaan tidak akan membantu, anda perlu mengadakan perbincangan."

Encik Ong menekankan adalah penting untuk teruskan perbincangan di luar Hari Keharmonian Kaum, terutama sekali kerana golongan muda lebih bersedia berbincang tentang topik-topik sebegitu.

Beliau menambah sekolah-sekolah yang kurang mempunyai kepelbagaian perlukan lebih banyak perbincangan. 

Masyarakat-masyarakat dengan budaya dan kepercayaan mereka sendiri perlu merapatkan jurangnya.

Hanya dengan melakukan demikian, Encik Ong percaya Singapura boleh menjadi sebuah masyarakat yang stabil.  

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan