Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Amy Khor dari PAP akan bertarung dengan Gigene Wong dari PSP bagi SMC Hong Kah North

Menteri Negara Kanan Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air, Amy Khor, akan bersaing dengan Gigene Wong dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) di SMC Hong Kah North pada Pilihan Raya Umum 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Amy Khor dari PAP akan bertarung dengan Gigene Wong dari PSP bagi SMC Hong Kah North

Gigene Wong dari Parti Kemajuan Singapura dan Dr Amy Khor dari Parti Tindakan Rakyat akan bertarung bagi SMC Hong Kah North (Gambar: Ruth Smalley)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 01:56PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 02:00PM

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air, Amy Khor, akan bersaing dengan Gigene Wong dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) di SMC Hong Kah North pada Pilihan Raya Umum 2020.

Pencalonan mereka disahkan hari ini (30 Jun) di Pusat Penamaan Calon di Maktab Rendah Jurong Pioneer.

Dr Khor, 62, sudah menjadi Anggota Parlimen (AP) Hong Kah North selama beberapa penggal - mewakili kawasan itu sejak ia masih lagi sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) pada 2001 dan 2006. Beliau terus berkhidmat di kawasan undi itu apabila ia dibentuk pula sebagai sebuah Kawasan Undi Perseorangan pada 2011.

Dalam ucapan terima kasihnya, Dr Khor melahirkan penghargaan kepada para penduduk SMC berkenaan dan memohon mereka supaya mengundinya untuk mengharungi segala cabaran, demi membina "Hong Kah North yang lebih baik".

Sementara itu, Cik Wong dari PSP dalam ucapannya berkata beliau kembali bertarung dan ingin bersama penduduk. Beliau bahkan berkata akan berpindah ke Hong Kah North, jika dipilih.

"Jika saya terpilih, anda boleh mencari saya bila-bila masa sahaja," katanya.

Terdapat sekitar 28,000 pengundi di SMC tersebut. Dr Khor meraih 74.76 peratus undi pada Pilihan Raya 2015 semasa bersaing dengan wakil Parti Rakyat Singapura (SPP) Ravi Philemon. SPP menyatakan ia tidak akan kembali bertarung di SMC tersebut kerana ingin mengelak persaingan tiga penjuru.

Cik Wong dari PSP meluangkan 20 tahun bekerja dan menetap di China, dengan menyandang jawatan dalam syarikat-syarikat berbilang negara.

Beliau menyahut cabaran untuk kembali ke Singapura dan menyertai arena politik atas permintaan Dr Tan Cheng Bock.

GE2020 merupakan kali pertama PSP keluar bertanding. Parti tersebut ditubuhkan pada Mac 2019 oleh Dr Tan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan