Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Akses pengundi luar negara ke stesen mengundi terhalang dek COVID-19

Sekurang-kurangnya 101 warga Singapura di luar negara akan terlepas peluang dalam Pilihan Raya Umum kali ini kerana masalah teknikal yang gagal mendaftarkan mereka sebagai pengundi di luar negara. Bagi yang berdaftar, iaitu 6,570 keseluruhannya, ramai yang mungkin tidak mengundi pada 10 Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2020 06:27PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 11:25PM

SINGAPURA: Peluang sekali dalam lima tahun untuk mengambil bahagian dalam menggubal dasar nasional.
Namun, sekurang-kurangnya 101 warga Singapura di luar negara akan terlepas peluang dalam Pilihan Raya Umum kali ini kerana masalah teknikal yang gagal mendaftarkan mereka sebagai pengundi di luar negara.

Bagi yang berdaftar, iaitu 6,570 keseluruhannya, ramai yang mungkin tidak mengundi pada 10 Julai.

Banyak negara menutup sempadan mereka kepada perjalanan antarabangsa disebabkan COVID-19.

Malah, China dan Australia melaksanakan sekatan perjalanan domestik. Hanya 10 pusat mengundi diperuntukkan di luar negara.

Ini menghambat rakyat Singapura yang hendak mengundi jika mereka berada jauh daripada pusat mengundi.


"Bagi kebanyakan orang, stesen mengundi berdekatan ialah misalnya, New York, iaitu seperti pusat penularan bagi COVID-19. Jadi mereka, ia akan menjadi suatu risiko kesihatan awam dan ramai orang berkata,"Stesen mengundi terdekat saya ialah New York tetapi saya rasa saya tidak mahu membuat perjalanan ke sana," kata Cik Toh Hui Ran.

Beliau, yang menetap di Thailand, telah menubuhkan kumpulan di Facebook untuk membuat petisyen kepada pelbagai agensi seperti Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Jabatan Pilihan Raya bagi membolehkan lebih ramai rakyat Singapura di luar negara untuk mengundi.

Seorang lagi rakyat Singapura, Philip Han, yang berpangkalan di Taiwan sudahpun menempah tiket untuk pulang ke Singapura hari ini (9 Jul).

Beliau sepatutnya dapat mengundi di pusat yang dikhaskan untuk mereka yang perlu menjalani notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sekembalinya dari luar negara.

Bagaimanapun, penerbangannya dibatalkan pada akhir bulan lalu.

Kumpulan itu juga mencadangkan pengundian melalui pos atau pengundian melalui proksi.

Menjawab pertanyaan media, Jabatan Pilihan Raya menyatakan cadangan tersebut menimbulkan cabaran dalam menjaga kerahsiaan pengundi dan mencegah penipuan.

Pada pilihan raya 2015, terdapat sekitar 4,800 pengundi luar negara yang berdaftar dan 70 peratus daripada mereka akhirnya dapat mengundi. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/MM/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan