Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Adik PM Lee, anggota PSP Lee Hsien Yang tidak bertanding dalam GE2020

Anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) Encik Lee Hsien Yang, tidak memfailkan sebarang kertas penamaan calon hari ini (30 Jun) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
Adik PM Lee, anggota PSP Lee Hsien Yang tidak bertanding dalam GE2020

Ahli PSP berjumpa untuk sarapan sebelum ke pusat penamaan calon. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 01:16PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 01:19PM

SINGAPURA: Anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) Encik Lee Hsien Yang, tidak memfailkan sebarang kertas penamaan calon hari ini (30 Jun) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2020.

Ini sekali gus meleraikan semua spekulasi yang timbul sejak Parlimen dibubarkan minggu lalu, bahawa beliau mungkin bertanding.

Spekulasi itu semakin hangat pagi ini apabila adik Perdana Menteri Lee Hsien Loong itu muncul di pusat penamaan calon.
Beliau berada di Sekolah Rendah Bendemeer, iaitu pusat penamaan calon bagi GRC Tanjong Pagar, di mana beliau bertemu dengan barisan calon PSP yang lain sebelum beredar.

GRC Tanjong Pagar merupakan kawasan undi yang pernah dipimpin mendiang bapanya, Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, yang berkhidmat sebagai AP selama 60 tahun.

Sebelum tiba di pusat penamaan calon, Encik Lee Hsien Yang bertemu pasukan PSP di sebuah kedai kopi berhampiran.

Apabila ditanya jika beliau akan bertanding, beliau hanya menjawab: "Tunggu dan lihat."

Pada Rabu lalu (24 Jun) Encik Lee Hsien Yang berkata terdapat banyak cara untuk beliau menyumbang kepada parti tersebut. Apabila diminta mengulas lebih lanjut, beliau menambah: "saya rasa tidak susah untuk melihat apa cara yang ada."

Apabila wartawan mengatakan bahawa beliau boleh menyumbang secara kewangan atau beliau boleh muncul dalam video-video kempen PSP, beliau berkata: "Mungkin, jika anda rasakan itu idea yang baik. Saya mungkin fikirkannya dan anda akan segera tahu jka saya melakukannya." 

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan