Skip to main content

Iklan

Iklan

95.81% pengundi tempatan, luar negara keluar mengundi bagi GE2020

Seramai 4,794 pengundi luar negara berdaftar mengundi di pusat mengundi luar negara semasa Pilihan Raya Umum kali ini, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Rabu (15 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
95.81% pengundi tempatan, luar negara keluar mengundi bagi GE2020

(Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 16 Jul 2020 10:35AM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 10:44AM

SINGAPURA: Seramai 4,794 pengundi luar negara berdaftar mengundi di pusat mengundi luar negara semasa Pilihan Raya Umum kali ini, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Rabu (15 Jul).

Perangkaan ini membentuk 72.97 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar di luar negara, menurut ELD.

Dengan penambahan undi tersebut, jumlah keseluruhan undi bagi Pilihan Raya Umum 2020 adalah 2,540,359, termasuk 45,822 undi yang ditolak, menurut ELD.

Perangkaan ini membentuk 95.81 peratus daripada 2,651,435 pengundi berdaftar.

Perkiraan bagi undi luar negara dilakukan pada Rabu di Pusat Latihan ELD.

ELD sebelum ini mengumumkan pada 11 Jul bahawa sebanyak 2,535,565 undi, termasuk undi yang ditolak, dibuat di Singapura, yang membentuk 95.63 peratus pengundi berdaftar - jumlah terbesar yang keluar mengundi sejak 1997.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih 61.24 peratus undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13, manakala parti pembangkang, Parti Pekerja (WP) berjaya menawan GRC kedua dalam pilihan raya yang d iadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Bahagian undi PAP merosot hampir sembilan peratusan mata berbanding Pilihan Raya Umum yang lalu, di mana ia meraih 69.9 peratus undi.

Berikut adalah pecahan undi sah (termasuk undi tempatan dan luar negara).

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan