Gambar Pilihan Hari Ini
Anda boleh dimaafkan jika anda menyangka Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan seorang bayi yang sedang didandan.
BERITAmediacorp: Anda boleh dimaafkan jika anda menyangka Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan seorang bayi yang sedang didandan.
Namun hakikatnya, ia adalah anak patung sangat realistik karya seorang artis Brazil, Ana Paula Guimaraes. Dipanggil 'Reborn Babies', patung itu mempunyai ciri seperti kuku, bulu mata lentik, pembuluh darah, warna dan kulit yang mirip tubuh bayi sebenar.
Dengan hasil tangan yang begitu teliti sekali dan memakan masa sekitar tujuh hari untuk disiapkan, tidak hairanlah harganya agak mahal - AS$1,300 (S$1,770) setiap satu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.