Gambar Pilihan Hari Ini
Anda tidak perlu 'penat memasak malam hingga ke pagi' untuk sajikan ketupat rendang ini.
BERITAmediacorp: Seperti senikata lagu nyanyian Anuar Zain dan Ellina: "Ketupat rendang, sila nikmati kawan; penat memasak malam ke pagi".
Namun ketupat, rendang malah sate dalam Gambar Pilihan Hari Ini tidaklah mengambil masa malam ke pagi untuk 'dimasak', dan sekadar boleh dinikmati sebagai halwa mata.
Karya yang menampilkan hidangan tempatan itu dikongsi laman Facebook rasmi LEGO sebagai '#BuildofTheWeek', atau Rekaan Minggu Ini yang disumbangkan oleh peminat mainan bongkah kecil itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.