Gambar Pilihan Hari Ini
Gambar Pilihan Hari Ini memetik pemandangan sekitar waktu maghrib mercu tanda itu yang kini diselubungi kain berwarna perak-biru.
BERITAmediacorp: Gerbang Arc de Triomphe yang terkenal di bandar Paris, Perancis, baru-baru ini diberi 'wajah baru'.
Gambar Pilihan Hari Ini memetik pemandangan sekitar waktu maghrib mercu tanda itu yang kini diselubungi kain berwarna perak-biru sebagai tanda penghormatan kepada seorang artis kelahiran Bulgaria, Christo.
Ia sebenarnya berdasarkan visi mendiang Christo, juga seorang penduduk lama Paris, yang sudah sejak sekian lama ingin melihat mercu tanda di Champs-Elysees itu diselubungi.
Pemasangan bernilai sekitar AS$16.54 juta (S$22.33 juta) itu akan dikekalkan hingga 3 Oktober sebelum kain tersebut ditanggalkan semula.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.