Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Teksi-teksi di Bangkok, ibu kota Thailand, mula 'menghijau' dengan tumbuh-tumbuhan setelah sekian lama terbiar berjemur di bawah matahari.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Pichayada Promchertchoo)

Diterbitkan : 22 Sep 2021 02:47PM Dikemas Kini : 22 Sep 2021 02:49PM

BERITAmediacorp: Teksi-teksi di Bangkok, ibu kota Thailand, mula 'menghijau' dengan tumbuh-tumbuhan setelah sekian lama terbiar berjemur di bawah matahari.

Daripada terus tersadai begitu sahaja, sebuah syarikat teksi memutuskan untuk memanfaatkan bahagian bumbung kenderaan-kenderaan tersebut sebagai plot kecil bagi menanam sayur-sayuran demi membantu para pemandu serta pekerja lain.

Ia juga ibarat satu alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan mereka yang mungkin terpaksa ikat perut kerana kurang meraih pendapatan daripada khidmat memandu teksi.

Dengan inisiatif kreatif ini, para pemandu teksi tidak lagi duduk mendanguk menunggu penumpang yang kelibatnya hampir tidak kelihatan di jalan-jalan raya lengang dek sekatan ketat COVID-19. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan