Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ciptaan alam semula jadi yang menakjubkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini menjadi kanvas luas bagi seorang artis Perancis untuk mencurahkan ilham kreatifnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Denis Balibouse/REUTERS)

Diterbitkan : 14 Sep 2021 02:43PM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 02:44PM

BERITAmediacorp: Ciptaan alam semula jadi yang menakjubkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini menjadi kanvas luas bagi seorang artis Perancis untuk mencurahkan ilham kreatifnya.

Lukisan seluas 1,500 meter persegi, yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang meniup buih ke arah awan, menghiasi kawasan menghijau di puncak Moleson di bahagian barat pergunungan Swiss Alps, Switzerland.

Bahan-bahan yang digunakan adalah cat larut hayat diperbuat daripada pigmen semula jadi seperti arang batu dan kapur.

Menceritakan tentang karyanya itu, artis berkenaan berkata dunia ini "terlalu berat" dan "kita memerlukan sedikit keceriaan". 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan