Gambar Pilihan Hari Ini
Pelindung mata atau pelitup - atau kedua-duanya sekali?
BERITAmediacorp: Sejak tercetusnya pandemik COVID-19, pelbagai jenis dan gaya pelitup digunakan penduduk dunia sebagai langkah perlindungan terhadap koronavirus.
Ada yang mencuri perhatian, meskipun keberkesanan perlindungannya tidak begitu jelas, seperti yang dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini. Menutup seluruh wajah dan kelihatan diperbuat daripada kanta cermin mata gelap, ia mendapat lebih 14,900 'upvote' dan lebih 1,500 komen di wadah Reddit.
Sebilangan pengguna Reddit membandingkannya dengan watak jahat Cobra Commander dalam francais GI Joe, atau duo muzik Daft Punk yang terkenal dengan kostum bertopi keledar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.