Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari ini

Merenung tajam tembok-tembok tinggi sarat dipasang kawat berduri, seolah-olah mengenang nasib betapa dunianya yang tidak tertakluk tidak menjanjikan kebebasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari ini

(Gambar: alejandroprietophoto/Instagram)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 12:49PM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 12:57PM

BERITAmediacorp: Merenung tajam tembok-tembok tinggi sarat dipasang kawat berduri, seolah-olah mengenang nasib betapa dunianya yang tidak tertakluk tidak menjanjikan kebebasan.

Gambar Pilihan Hari Ini yang dipetik oleh seorang jurugambar Mexico menunjukkan seekor burung chaparral cock atau lebih dikenali sebagai 'roadrunner' yang berhenti di tengah-tengah jalan menghadap tembok.

Menurut pemenang hadiah utama peraduan Jurugambar Burung Terbaik Tahun Ini, gambar yang ditangkapnya menunjukkan betapa tembok seumpama itu membawa ancaman kepada biodiversiti.

Kawasan sempadan Amerika Syarikat-Mexico adalah sebuah ekosistem yang menyaksikan penghijrahan haiwan serta unggas ke bahagian utara dan selatan di benua Amerika.

Di rantau itu, sebilangan spesies perlu merentasi sempadan untuk mengawan dengan sepupu mereka yang berbeza secara genetik, termasuk jaguar Amerika Utara yang terancam pupus dan beruang hitam, yang diperkenalkan semula ke Texas pada tahun 1990-an. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan