Gambar Pilihan Hari Ini
Setelah sekian lama ia memperhatikan tindak-tanduk manusia khususnya tatkala pandemik COVID-19, akhirnya si kera dalam Gambar Pilihan Hari Ini berpeluang mencuba memakai pelitup.
BERITAmediacorp: Setelah sekian lama ia memperhatikan tindak-tanduk manusia khususnya tatkala pandemik COVID-19, akhirnya si kera dalam Gambar Pilihan Hari Ini berpeluang mencuba memakai pelitup.
Perbuatannya yang bersahaja memakai pelitup itu tepat dengan ungkapan Inggeris 'monkey see, monkey do'.
Dalam satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang wanita di Durban, bandar di timur wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, kera itu dilihat ghairah menghampiri sehelai pelitup muka yang tersadai di tepi jalan raya.
Ia kemudian mengambilnya dan langsung meletakkan di mukanya.
Lagak kera itu yang meneruskan perjalanan walaupun pelitup hitam tersebut menutupi seluruh mukanya mencuit hati warga siber yang menonton video tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.