Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tahukah anda, vaksin pertama di Singapura diperkenalkan pada tahun 1819 untuk penyakit cacar air.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Kementerian Maklumat & Koleksi Seni, ihsan Arkib Negara Singapura melalui Perpustakaan Negara Singapura)

Diterbitkan : 22 Aug 2021 03:35PM Dikemas Kini : 22 Aug 2021 03:42PM

BERITAmediacorp: Tahukah anda, vaksin pertama di Singapura diperkenalkan pada tahun 1819 untuk penyakit cacar air.

Ketika zaman itu, cacar air adalah penyakit yang amat digeruni kerana ia menular dengan sangat pantas dan menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi. Sekalipun pesakit berjaya sembuh daripadanya, sesetengah daripada mereka mengalami kecacatan seumur hidup.

Lantas, pada Disember 1819, Residen Singapura William Farquhar menulis surat kepada para pegawai di Pulau Pinang untuk meminta bekalan vaksin cacar air. Dari situlah bermulanya usaha untuk melawan penyakit cacar air yang terus mencengkam negara sehingga 1950-an.

Hanya setelah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa virus itu telah lenyap pada Mei 1980, vaksinasi cacar air tidak lagi dilakukan di sisi undang-undang mulai Mac 1982.

Dahulu, vaksinasi dilakukan melalui pemindahan dari lengan ke lengan. Ini bermakna
mendapatkan bahan pustular daripada penerima vaksin untuk secara langsung menyuntik orang lain dengan menggaru bahan tersebut ke lengan penerima seterusnya. Kaedah ini memerlukan aliran orang yang berterusan agar dapat membantu menyebarluaskan vaksin.

Namun kini, vaksinasi bagi kanak-kanak dijalankan di bawah Jadual Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan yang diselia oleh Kementerian Kesihatan (MOH) menggunakan amalan perubatan moden lagi canggih.

Anda boleh mendalami lebih lanjut sejarah vaksinasi negara ini, yang dikongsikan oleh Perpustakaan Negara Singapura (NLB), di sini.

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan