Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sanggup duduk berhimpit-himpit walau penularan COVID-19 terus merebak, namun semua warga Afghanistan ini seolah-olah tiada pilihan lain dalam keadaan yang terdesak ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: afpphoto/Instagram)

Diterbitkan : 18 Aug 2021 03:11PM Dikemas Kini : 18 Aug 2021 03:13PM

BERITAmediacorp: Sanggup duduk berhimpit-himpit walau penularan COVID-19 terus merebak, namun semua warga Afghanistan ini seolah-olah tiada pilihan lain dalam keadaan yang terdesak ini.

Inilah wajah-wajah di antara ribuan rakyat Afghanistan yang memendam harapan untuk membina sebuah kehidupan baru.

Lembaran baru yang jauh daripada cengkaman Taliban apabila kumpulan tegar itu, yang mengamalkan tafsiran syariah tegas, kembali menguasai negara tersebut sekali gus menamatkan peperangan selama dua dekad di Afghanistan.

Sebaik sahaja berita mengumumkan Afghanistan jatuh ke tangan Taliban, ramai warganya membanjiri lapangan terbang Kabul dengan niat untuk melarikan diri daripada negara mereka.

Bahkan, ada yang sanggup berpaut pada pesawat yang ditutup pintunya kerana sudah sarat dengan penumpang sehingga menempa maut sendiri apabila gugur ke tanah sewaktu kapal terbang berlepas daripada landasan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan