Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Penduduk Singapura kini boleh kembali menjamu selera di luar namun, aturan tempat duduk pelanggan termasuk berapa ramai yang boleh duduk semeja amat bergantung kepada status vaksinasi mereka. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: hyneo/Instagram)

Diterbitkan : 16 Aug 2021 03:02PM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 03:03PM

BERITAmediacorp: Penduduk Singapura kini boleh kembali menjamu selera di luar namun, aturan tempat duduk pelanggan termasuk berapa ramai yang boleh duduk semeja amat bergantung kepada status vaksinasi mereka.

Untuk menentukan perkara itu, ia memerlukan kakitangan di kedai serta pusat makanan dan minuman (F&B) memeriksa teliti aplikasi TraceTogether, SafeEntry atau HealthHub setiap pelanggan. Ini mungkin agak memeningkan kepala dan memakan masa lebih-lebih lagi jika didatangani kumpulan yang besar, ditambah pula dengan beratur panjang.

Maka itu, seorang pengguna di Instagram berkongsi cara bagaimana beliau menayangkan status vaksinasinya untuk melancarkan sedikit proses - dengan menyarungkan langsung 'sijil' tersebut.

Pengguna itu mencetakkan sijil vaksinasinya dengan segala butiran lengkap pada kemeja-T dan memakainya.

Sepanjang beberapa hari beliau memakai kemeja-T itu, proses untuk masuk ke premis F&B berjalan licin saja kerana tiada soalan yang diajukan kepadanya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan