Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Siapa tidak teruja mendengar khabar gembira seorang kenalan baik dari anggota keluarga sendiri mahupun sanak saudara dan  handai taulan yang selamat melahirkan zuriat?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Yoshimiya melalui TODAY)

Diterbitkan : 13 Aug 2021 02:59PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 03:01PM

BERITAmediacorp: Siapa tidak teruja mendengar khabar gembira seorang kenalan baik dari anggota keluarga sendiri mahupun sanak saudara dan handai taulan yang selamat melahirkan zuriat?

Namun, di tengah-tengah penularan COVID-19, ada saja halangan untuk menziarahi kedua-dua ibu dan bayi yang baru lahir dek pelbagai sekatan pergerakan serta had ke atas perhimpunan sosial.

Maka itu, di Jepun, timbul satu idea untuk 'memperkenalkan' bayi baru lahir kepada anggota keluarga dan sahabat handai sekali gus mengubati rindu lara mereka kerana sudah sekian lama berjauhan.

Beg berisi beras seperti dalam Gambar Pilihan Hari Ini kini satu trend di Jepun dengan kian ramai ibu bapa menempahnya untuk mengirimkan kepada keluarga serta teman sebagai cara untuk mempertemukan bayi baru lahir mereka.

Dipanggil 'dakigokochi', ia ibarat proksi kepada bayi sebenar di mana beg berisi beras itu dililit dengan kain bedung dan ditampal dengan wajah bayi.

Lebih menarik lagi, pemilik kedai beras - yang pertama sekali memulakan amalan itu - bahkan akan menyukat beras di dalam beg berkenaan mengikut berat badan serta bentuk badan bayi ketika dia baru lahir.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan