Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sukan Olimpik Tokyo sudahpun melabuhkan tirainya tetapi semangat bersukan sedikit pun tidak luntur daripada kanak-kanak yang menetap di bandar barat laut Syria, Idlib, kubu terakhir pemberontak utama negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Omar Haj Kadour/AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2021 01:51PM Dikemas Kini : 12 Aug 2021 01:54PM

BERITAmediacorp: Sukan Olimpik Tokyo sudahpun melabuhkan tirainya tetapi semangat bersukan sedikit pun tidak luntur daripada kanak-kanak yang menetap di bandar barat laut Syria, Idlib, kubu terakhir pemberontak utama negara itu.

Melontar lembing, melompat pagar dan memecut melintasi barisan khemah semata-mata untuk menggenggam 'pingat' emas - itulah antara sukan yang dipertandingkan dalam versi Olimpik mereka sendiri, dinamakan Olimpik Khemah 2020.

Para peserta cilik ini begitu memandang serius terhadap temasya sukan tersebut sehinggakan mereka menyarung warna pakaian yang mewakili khemah masing-masing.

Biarpun kehilangan tempat berteduh dek terjerat dalam perang saudara yang mencengkam Syria, 120 kanak-kanak dari 12 khemah berbeza mengisi masa terluang bersama dengan melalui gaya hidup sihat ini untuk melupakan sejenak keperitan dan kelangsungan hidup yang terus menghantui mereka.

Pihak penganjur berharap inisiatif ini dapat menyuntik sinar harapan kepada kanak-kanak tersebut dan menarik perhatian masyarakat antarabangsa kepada keadaan hidup mereka. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan