Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Hidupkan semangat cinta anak watan semasa cuti panjang hujung minggu ini, sempena Hari Kebangsaan yang ke-56, dengan menyediakan hidangan atau pencuci mulut berasaskan warna-warna bendera merah dan putih seperti Gambar Pilihan Hari Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar-gambar: Laman Keluarga untuk Seumur Hidup)

Diterbitkan : 05 Aug 2021 11:09AM Dikemas Kini : 05 Aug 2021 11:17AM

SINGAPURA: Hidupkan semangat cinta anak watan semasa cuti panjang hujung minggu ini, sempena Hari Kebangsaan yang ke-56, dengan menyediakan hidangan atau pencuci mulut berasaskan warna-warna bendera merah dan putih seperti Gambar Pilihan Hari Ini.

Tambahkan lagi keseronokan dengan mengajak seisi keluarga mengikut serta dan berpeluang memenangi hadiah apabila anda mengongsikan gambar hidangan atau pencuci mulut di laman Facebook dan/atau Instagram Keluarga untuk Seumur Hidup (FFL).

Peraduan media sosial anjuran FFL itu menggalak keluarga meluangkan masa bersama dengan memerah daya kreatif mereka untuk menghasilkan juadah atau pencuci mulut "Merah dan Putih" paling menarik.

Lapan peserta paling kreatif akan dipilih bagi setiap laman media sosial itu dan pemenang boleh membawa pulang e-baucar beli-belah NTUC bernilai S$20 atau S$50.

Sebelum itu, layari ke lelaman, Facebook atau Instagram FFL untuk mengetahui garis panduan penyertaan serta butiran peraduan dengan lebih lanjut.

Semua pemenang akan diumumkan pada 30 Ogos nanti.

Selamat mencuba!

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan