Gambar Pilihan Hari Ini
Jika di Nusantara, kelibat kepala atau wajah yang terapung-apung tanpa badan mungkin merujuk kepada sesuatu yang dianggap sebagai fenomena "kuasa ghaib".
BERITAmediacorp: Jika di Nusantara, kelibat kepala atau wajah yang terapung-apung tanpa badan mungkin merujuk kepada sesuatu yang dianggap sebagai fenomena "kuasa ghaib".
Namun 'kepala' yang terapung-agung seperti yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini tiada kena-mengena langsung dengan kuasa ghaib. Ia sebaliknya adalah arca yang diberi nama Masayume - yang bermaksud 'impian menjadi realiti' - yang dipasang oleh kumpulan seni benama mé, pada belon udara panas di Tokyo, Jepun.
Agensi media NHK melaporkan, belon setinggi bangunan tujuh tingkat itu bertujuan untuk merangsang imaginasi orang ramai dan memberi harapan. Namun semakan ringkas di media sosial mendapati yang diberikan bukan harapan, tetapi sebaliknya kejutan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.