Gambar Pilihan Hari Ini
Jika anda perlu berjalan sejauh 500 kilometer, anda pasti akan berasa lelah dan mungkin saja terlantar kepenatan di tengah-tengah jalan. Begitulah yang dialami gerombolan gajah dalam Gambar Pilihan Hari Ini, yang sedang tidur berehat.
BERITAmediacorp: Jika anda perlu berjalan sejauh 500 kilometer, anda pasti akan berasa lelah dan mungkin saja terlantar kepenatan di tengah-tengah jalan.
Begitulah yang dialami gerombolan gajah dalam Gambar Pilihan Hari Ini, yang sedang tidur berehat. Menurut BBC, gajah-gajah di China ini sudah meneroka negara itu selama 15 bulan, merantau sejauh 500 kilometer dari habitat semula jadi haiwan-haiwan itu.
Pemerintah tempatan malah mengerahkan 500 orang dan 14 dron untuk memastikan keselamatan gerombolan haiwan itu, yang sepanjang perjalanannya dilaporkan telah makan tanaman bernilai jutaan dolar dan menyebabkan beberapa kerosakan harta benda.
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.