Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Bayangkan satu hari anda tiba-tiba hilang daya ingatan dan tidak tahu jalan pulang ke rumah. Kepada siapa dan bagaimana anda mahu dapatkan pertolongan?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar-gambar: Joyce Sim/Facebook)

Diterbitkan : 08 Jun 2021 03:01PM Dikemas Kini : 08 Jun 2021 03:02PM

BERITAmediacorp: Bayangkan satu hari anda tiba-tiba hilang daya ingatan dan tidak tahu jalan pulang ke rumah. Kepada siapa dan bagaimana anda mahu dapatkan pertolongan?

Kaedah mengecat mural dalam Gambar Pilihan Hari Ini adalah sebahagian daripada projek 'WayFinding' oleh Persatuan Penyakit Alzheimer's (ADA) untuk mencetuskan daya ingatan penghidap demensia atau warga tua yang mungkin sukar mencari jalan pulang.

Seperti kebanyakan estet merata negara, blok-blok di Ang Mo Kio Ave 4 ini juga kelihatan seiras pada amnya. Maka itu, lukisan besar pada sisi flat atau tembok kolong blok dijadikan sebagai penanda visual untuk membantu golongan tersebut mengecam blok mereka dengan lebih baik.

Menarik lagi, ia menggunakan gambar-gambar seperti kuih lapis, mangkuk tingkat, gula-gula cap arnab serta sate yang boleh menimbulkan nostalgia dan tidak asing bagi 'orang lama'. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan