Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Warga Palestin kekal tabah menjalani kehidupan seperti biasa walaupun keadaan mereka sekarang jauh daripada yang sedia kala. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: @m.z.gaza/Instagram)

Diterbitkan : 26 May 2021 08:04AM Dikemas Kini : 26 May 2021 08:05AM

BERITAmediacorp: Warga Palestin kekal tabah menjalani kehidupan seperti biasa walaupun keadaan mereka sekarang jauh daripada yang sedia kala.

Dalam Gambar Plihan Hari Ini, Hashem Al Jarousheh sedang menyediakan khidmat gunting rambut kepada pelanggan mudanya. Yang menarik perhatian adalah, beliau boleh saja ke seberang jalan untuk melakukannya kerana keadaan di sana tampak lebih 'sempurna'.

Bagaimanapun, kawasan yang punah-ranah dan rosak binasa dan diselubungi pula runtuhan tetap menjadi pilihannya kerana di tapak itulah berdirinya kedai gunting rambut beliau sebelum konflik berdarah antara Israel dengan Palestin meletus baru-baru ini di Semenanjung Gaza.

Bom-bom yang digugurkan oleh tentera Israel memusnahkan kedai gunting rambut kendalian Hashem Al Jarousheh di Gaza tetapi beliau meneruskan jua mata pencariannya itu bagi menyara kehidupan keluarganya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan