Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Wanita berbangsa Cina yang bernama Cik Wong ini, beliau pandai menganyam ketupat!

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Zaqy Mohamad/Facebook)

Diterbitkan : 02 May 2021 01:07PM Dikemas Kini : 02 May 2021 01:08PM

SINGAPURA: Bila hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama, kita sebenarnya beruntung kerana dapat belajar tentang budaya orang lain dan berkongsi adat resam serta tradisi kita kepada orang lain juga.

Seperti wanita berbangsa Cina yang bernama Cik Wong ini, beliau pandai menganyam ketupat! Ketupat-ketupat reben ini dijadikan hiasan. Iya lah, Hari Raya kan bakal menjelang.

Menerusi gambar yang dikongsi oleh Anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee, Zaqy Mohamad di laman Facebooknya, Cik Wong dikatakan menganyam ketupat-ketupat reben untuk dikongsikannya dengan jiran tetangga, rakan-rakan dan juga mendermakannya kepada beberapa pertubuhan.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan