Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Anda mungkin pernah ternampak bot merah menyala yang diberi nama Light Fire Attack Vehicle (LFAV) ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: SCDF/Facebook)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 01:55PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 01:57PM

BERITAmediacorp: Anda mungkin pernah ternampak bot merah menyala yang diberi nama Light Fire Attack Vehicle (LFAV) ini.

Bot ini juga dikenali sebagai Red Rhino, sama seperti kenderaan berwarna merah Red Rhino, yang turut digunakan oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) untuk memadamkan kebakaran di darat.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan 'Red Rhino' yang digunakan untuk membantu memadamkan kebakaran di perairan Singapura.

Bot ini boleh mencecah kelajuan lebih 40 batu nautika; sekali gus membolehkannya tiba di tempat kejadian dengan lebih pantas.

Meskipun saiznya kecil, bot ini dilengkapi dengan keupayaan menyembur air sebanyak 5,000 liter air laut dalam masa seminit.

Divisyen Laut SCDF memiliki tiga bot seumpama ini, dengan bot terbarunya diberi nama White Swordfish. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan