Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • biawak
    (Gambar: Jejene Narumpa/Facebook)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Di manakah 'King Kong' apabila kita memerlukannya?

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seekor biawak benggala di dalam sebuah pasar raya di Thailand, yang mencetuskan keadaan huru-hara di pasar raya tersebut. Bahkan kejadian itu sudah ditonton berjuta-juta kali online.

Video tersebut menunjukkan seekor biawak sepanjang 1.8 meter memanjat rak-rak produk di bahagian tepi pasar raya itu, tanpa menghiraukan langsung para pelanggan yang panik mahupun barangan yang terjatuh dari rak-rakan tersebut.

Video selama seminit itu dirakam oleh seorang pelanggan di Nakhon Pathom, Thailand, menurut Viral Press.

- BERITAmediacorp/NA/na

Top