Gambar Pilihan Hari Ini
Tidak lama dahulu, lagu 'Baby Shark' mencetuskan satu fenomena internet, dengan bait-bait lagu itu boleh didengar di mana-mana saja. Baru-baru ini pula, satu lagi anak jerung mencetuskan 'gelombang' yang turut dirasakan di setiap pelosok maya.
BERITAmediacorp: Tidak lama dahulu, lagu 'Baby Shark' mencetuskan satu fenomena internet, dengan bait-bait lagu itu boleh didengar di mana-mana saja. Baru-baru ini pula, satu lagi anak jerung mencetuskan 'gelombang' yang turut dirasakan di setiap pelosok maya.
Gambar Pilihan Hari Ini adalah foto tular yang dipetik seorang nelayan di Indonesia. Ia dilaporkan adalah seekor anak jerung yang ditemui lelaki tersebut setelah memerangkap jerung betina yang bunting. Dilaporkan, apabila nelayan itu membelah perut jerung tersebut, terdapat tiga anak jerung di dalamnya, termasuk yang dipaparkan dengan mata yang seolah-olah terbeliak.
Wajahnya mungkin membuat pembaca internet turut terbeliak mata, namun seorang pakar biologi hidupan laut di Universiti Arizona State dilaporkan laman Independent sebagai menjelaskan ia mungkin sekadar kecacatan yang dialami anak jerung itu semasa dalam kandungan dan bukanlah satu spesies baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.