Gambar Pilihan Hari Ini
Berbagai cara galak orang ramai mengambil vaksin.
BERITAmediacorp: Selain bahaya jangkitan itu sendiri, ancaman yang timbul bersama pandemik COVID-19 termasuk penyebaran berita palsu dan teori konspirasi yang menular ibarat koronavirus itu sendiri.
Tindakan tidak bertanggungjawab berkongsi khabar angin sebegitu boleh menghambat langkah-langkah berdasarkan sains yang bertujuan mengekang penyakit itu. Antaranya, dengan menakut-nakutkan orang ramai, dan membuat mereka ragu untuk mengambil vaksin.
Bagaimanakah untuk mengatasi cabaran ini? Di Medellin, Columbia, artis jalanan dilibatkan untuk menyebarkan kempen menggalak vaksinasi dengan cara yang menarik perhatian ramai, seperti yang dapat dilihat dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.