Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap pekerja itu, selain kecewa dengan sikap sebilangan orang yang ternyata tidak bertimbang rasa dan mengotorkan tempat-tempat awam di tengah-tengah pandemik yang masih mencengkam ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar-gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 23 Feb 2021 03:31PM Dikemas Kini : 23 Feb 2021 03:34PM

BERITAmediacorp: Pandemik COVID-19 yang melanda Singapura sejak awal tahun lalu membuat ramai penduduk semakin peka terhadap tabiat kebersihan. Pada masa yang sama, masyarakat juga semakin menghargai pengorbanan para pekerja barisan hadapan, termasuk kakitangan jagaan kesihatan dan pekerja pembersihan.

Namun sejauh manakah kesedaran itu membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku?

Gambar Pilihan Hari Ini memetik gambar yang tular di media sosial menunjukkan begitu banyak pelekat berwarna-warni ditampal sepanjang susur tangga bergerak dekat Hospital Tan Tock Seng menghala ke stesen MRT Novena, dengan seorang pekerja kelihatan cuba menanggalkan satu persatu pelekat itu.

Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap pekerja itu, selain kecewa dengan sikap sebilangan orang yang ternyata tidak bertimbang rasa dan mengotorkan tempat-tempat awam di tengah-tengah pandemik yang masih mencengkam ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan