Gambar Pilihan Hari Ini
Satu prosiding mahkamah di Texas sepatutnya berjalan seperti sesi biasa dan serius, sebaliknya tanpa sengaja ia menjadi bahan senda gurau.
BERITAmediacorp: Satu prosiding mahkamah di Texas sepatutnya berjalan seperti sesi biasa dan serius, sebaliknya tanpa sengaja ia menjadi bahan senda gurau. Ini setelah wajah seorang peguam yang membuat kemunculan melalui Zoom kelihatan seperti seekor kucing yang comel.
Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan kucing comel berwarna putih yang tiba-tiba 'menghadiri' sesi prosiding mahkamah.
Hakim Mahkamah Daerah Roy B. Ferguson dengan segera mengarahkan peguam Encik Rod Ponton supaya mengubah 'setting' Zoom beliau.
"Encik Ponton, saya rasa anda telah menghidupkan 'filter' (penapis) pada 'setting' persidangan Zoom ini," menurut hakim tersebut.
Kucing yang kelihatan 'bersedih dan bimbang' itu kemudian membuka mulutnya.
"Hakim boleh dengar saya?" kata Encik Ponton, yang kelihatan seperti seekor kucing.
"Saya ada dalam sidang Zoom ini, secara langsung, saya bukan seekor kucing," menurutnya lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.