Gambar Pilihan Hari Ini
Pencemaran memusnahkan keindahan alam sekitar.
BERITAmediacorp: Pencemaran alam sekitar dan pengurusan sisa secara tidak bertanggungjawab bukan hanya membawa kesan kepada flora dan fauna. Ia juga menjejas kehidupan manusia. Sering, manusia sendiri menjadi punca masalah itu.
Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan empangan "Visegrad" di timur Bosnia yang tercemar akibat masalah pengumpulan sisa berjumlah 5,000 meter padu.
Sampah yang sudah mencecah berat beberapa tan angkara sikap tidak bertanggungjawab itu bukan sekadar tidak enak dipandang mata, tapi dilaporkan menggugat operasi empangan itu dan dua penjana kuasa sepanjang sungai Drina.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.