Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Jika gaun berwarna putih sering dikaitkan dengan tradisi perkahwinan orang Barat, gaun menarik perhatian dalam Gambar Pilihan Hari Ini pula akan sentiasa dikaitkan dengan satu peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Seorang penyokong Trump hadiri tunjuk perasaan di Washington, Amerika Syarikat pada 6 Jan 2020 (Gambar: Olivier DOULIERY/AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2021 03:03PM Dikemas Kini : 11 Jan 2021 03:04PM

BERITAmediacorp: Jika gaun berwarna putih sering dikaitkan dengan tradisi perkahwinan orang Barat, gaun menarik perhatian dalam Gambar Pilihan Hari Ini pula akan sentiasa dikaitkan dengan satu peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi Amerika Syarikat.

Gaun yang dipakai oleh seorang penyokong Presiden Donald Trump pada 6 Jan ini ditampal dengan kertas-kertas undi yang ditanda dengan perkatan 'STOLEN' atau 'dicuri', merujuk kepada dakwaan presiden itu bahawa beliau kalah dalam pilihan raya presiden akibat penipuan besar-besaran pada proses kiraan undi.

Perbezaan politik itu memanglah lumrah. Namun kali ini ia memuncak ke tahap luar biasa, dengan para penyokong presiden dari parti Republican itu menyerbu dan merusuh di bangunan Capitol dan menyebabkan lima terkorban selain mencetuskan 25 siasatan terhadap kes-kes pengganasan domestik.

Atas peranannya mengapi-apikan sentimen pula, Presiden Trump mungkin akan didakwa dalam satu langkah bagi memastikan beliau tidak lagi memegang jawatan pemerintah pada masa akan datang.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan