Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Inilah Cira 3, sebuah robot yang berupaya menjalankan ujian ke atas para pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19. Cira 3 digunakan bagi menghadkan pendedahan manusia kepada virus yang boleh membawa maut itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 27 Nov 2020 11:26AM Dikemas Kini : 27 Nov 2020 11:30AM

BERITAmediacorp: Inilah Cira 3, sebuah robot yang berupaya menjalankan ujian ke atas para pesakit yang disyaki dijangkiti COVID-19. Cira 3 digunakan bagi menghadkan pendedahan manusia kepada virus yang boleh membawa maut itu.

Teknologi itu sedang diuji di sebuah hospital swasta di Mesir setelah gelombang kedua virus itu melanda negara tersebut. Cira 3 boleh melakukan ujian darah, memeriksa suhu badan pesakit, melakukan imbasan X-ray, dan menunjukkan hasil ujian kepada para pesakit melalui sebuah skrin yang dipasang di bahagian dadanya.

Pereka robot itu, Encik Mahmoud el-Komy memberitahu Reuters bahawa beliau memberikannya ciri-ciri manusia "supaya para pesakit tidak berasa takut... supaya mereka tidak berasa seolah-olah sebuah kotak yang menghampiri mereka." 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan