Gambar Pilihan Hari Ini
Sesuai dengan statusnya yang dianggap sebagai legenda sukan itu, penghormatan terakhir mencurah-curah atas pemergian bekas kapten Argentina, Diego Maradona.
BERITAmediacorp: Masyarakat bola sepak seantero dunia digegarkan dengan berita pemergian Diego Maradona semalam pada usia 60 tahun.
Sesuai dengan statusnya yang dianggap sebagai legenda sukan itu, penghormatan terakhir mencurah-curah atas pemergian bekas kapten Argentina itu.
Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan mural-mural besar yang dilukis bagi memperingati ikon bola sepak itu. Sama ada di kampung halamannya di Buenos Aires, Argentina mahupun di Naples, Itali di mana Maradona pernah menyarung jersi pasukan tersebut - ramai orang berhimpun untuk memberikan penghormatan terakhir.
Pemergiannya turut diratapi bintang-bintang bola sepak seperti Lionel Messi yang menyifatkan Maradona sebagai pemain sepanjang zaman, manakala Cristiano Ronaldo pula mengibaratkan mendiang sebagai "ahli silap mata yang tiada tolok bandingnya."
LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.