Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Sebuah kereta api metro di Belanda terselamat daripada bahaya pada Isnin (2 Okt) setelah kereta api tersebut merempuh hadangan keselamatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 03 Nov 2020 12:17PM Dikemas Kini : 03 Nov 2020 12:22PM

BERITAmediacorp: Sebuah kereta api metro di Belanda terselamat daripada bahaya pada Isnin (2 Okt) setelah kereta api tersebut merempuh hadangan keselamatan. Ia terselamat daripada menjunam ke dalam air oleh sebuah patung ekor ikan paus.

Pemandu kereta api berkenaan adalah satu-satunya orang yang berada dalam kereta api tersebut dan beliau tidak cedera dalam nahas yang berlaku sejurus selepas tengah malam di Spijkenisse, berhampiran bandar pelabuhan Rotterdam.

Gerabak di bahagian depan keretapi malang itu tergantung 10 meter di atas air, 'diselamatkan' oleh patung raksasa yang secara kebetulan diberi nama "Saved by the Whale's Tail."

"Kereta api itu tergelincir daripada landasan dan terjatuh di atas monumen yang diberi nama 'Saved by the Whale's Tail'. Memang ia (insiden itu) benar-benar berlaku," kata Encik Carly Gorter dari pihak berkuasa wilayah Rijnmond kepada AFP.

"Pemandu kereta api itu terselamat gara-gara ekor ikan paus tersebut."

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan