Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Patung tengkorak yang dipanggil penduduk tempatan sebagai 'calaca' itu sering digunakan sebagai hiasan semasa sambutan 'Hari Orang Mati' atau Day of the Dead di sana. Namun ia kini ibarat peringatan bagi ajal yang menunggu jika seseorang bersikap sambil lewa dan akhirnya dijangkiti virus korona. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: CLAUDIO CRUZ/AFP)

Diterbitkan : 24 Oct 2020 03:14PM Dikemas Kini : 24 Oct 2020 03:20PM

BERITAmediacorp: Banyak negara sedang menyambung semula kegiatan ekonomi domestik secara bertahap-tahap, dengan pandemik COVID-19 dijangka terus berlarutan.

Walaupun tahap sekatan berbeza-beza, pelaksanaan jarak selamat adalah antara langkah berjaga-jaga yang kerap kali dilaksanakan.

Di Mexico City, Mexico pula, perniagaan tempatan mengambil kaedah kreatif untuk memastikan pelanggan mematuhi langkah jarak selamat di ruang-ruang awam.

Gambar Pilihan Hari Ini memetik dua penduduk yang duduk semeja dengan 'tengkorak' ini.

Patung tengkorak yang dipanggil penduduk tempatan sebagai 'calaca' itu sering digunakan sebagai hiasan semasa sambutan 'Hari Orang Mati' atau Day of the Dead di sana. Namun ia kini ibarat peringatan bagi ajal yang menunggu jika seseorang bersikap sambil lewa dan akhirnya dijangkiti virus korona. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan