Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Raut wajah sang ibu jelas kelihatan resah sedang beliau menunggu dalam barisan sambil menggendong anak lelakinya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Kathleen Flynn/REUTERS)

Diterbitkan : 21 Oct 2020 12:46PM Dikemas Kini : 21 Oct 2020 12:47PM

BERITAmediacorp: Raut wajah sang ibu jelas kelihatan resah sedang beliau menunggu dalam barisan sambil menggendong anak lelakinya.

Pasangan dua beranak dalam Gambar Pilihan Ini sedang menanti giliran di City Hall sedang undian awal bermula bagi Pilihan Raya Presiden yang bakal menjelang di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat.

Wanita berkenaan, yang merupakan seorang guru, berkata beliau tidak pasti berapa ramai yang akan memakai pelitup ketika keluar mengundi.

Lantaran itu, beliau menyarungkan beg perlindungan untuk dirinya dan anaknya sebagai langkah berjaga-jaga.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 di seluruh dunia sudah melepasi 40 juta.

Amerika Syarikat terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan lebih 8.1 juta kes dan lebih 219,000 kematian. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan