Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Pemakaian pelitup sudah menjadi norma baru warga sejagat - termasuk kanak-kanak kecil. 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 12:20PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 12:22PM

BERITAmediacorp: Pemakaian pelitup sudah menjadi norma baru warga sejagat - termasuk kanak-kanak kecil.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan sejenis topi keledar unik yang direka khas untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan COVID-19 di Bogota, Colombia. Direka oleh sekumpulan jurutera warga Colombia, setiap topi keledar itu seberat 650 gram dan diperbuat daripada plastik, penapis elektrik dan bateri litium yang boleh bertahan selama enam jam.

Sedang para pelajar di seluruh negara itu kembali ke sekolah setelah perintah berkurung ditarik balik, gesaan semakin lantang untuk melindungi kanak-kanak daripada penularan virus tersebut.

Pereka di sebalik topi keledar ini bukan sahaja memastikan kanak-kanak dilindungi daripada virus yang boleh membawa maut itu tetapi juga mencipta sesuatu yang selesa dan menarik untuk kanak-kanak. Ini dilakukan dengan memaparkan imej seakan-akan mereka adalah "adiwira ataupun angkasawan". 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan