Gambar Pilihan Hari Ini
Dikenali sebagai 'Ting Mong' dalam bahasa tempatan, para penduduk kampung ini percaya, lembaga ini berupaya mengusir semangat jahat atau malapetaka.
BERITAmediacorp: Baju corak berbunga disarungkan pada sebuah lembaga berbentuk manusia yang memegang sebatang kayu dan dipacakkan di depan halaman sebuah rumah kampung di Kemboja.
Dikenali sebagai 'Ting Mong' dalam bahasa tempatan, para penduduk kampung ini percaya, ia berupaya mengusir semangat jahat atau malapetaka.
Secara turun-temurun lembaga dalam Gambar Pilihan Hari Ini dipasang di hadapan rumah-rumah apabila wabak atau penyakit seperti denggi melanda sebuah kampung. Kini ia dipasang sebagai usaha melindungi orang-orang tersayang daripada wabak COVID-19 pula.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.