Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Lazimnya, pendaki akan menawan Gunung Kinabalu sebagai satu ekspedisi tetapi tidak pula bagi lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Sabah Parks/Facebook)

Diterbitkan : 07 Oct 2020 03:04PM Dikemas Kini : 07 Oct 2020 03:07PM

BERITAmediacorp: Lazimnya, pendaki akan menawan Gunung Kinabalu sebagai satu ekspedisi tetapi tidak pula bagi lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Dengan menyarungkan peralatan perlindungan peribadi, yang jauh sekali sesuai bagi kegiatan mendaki, beliau antara tujuh pekerja yang bertungkus-lumus menjalankan kerja pembasmian kuman sebanyak tiga kali setelah seorang pendaki diuji positif COVID-19 baru-baru ini.

Sabah Parks mengongsikan beberapa gambar menunjukkan kerja pembasmian kuman dijalankan di beberapa lokasi di sekitar Taman Kinabalu, termasuk puncak gunung yang terletak setinggi 4,095 meter atas paras laut.

Gambar-gambar itu mendapat lebih 2,700 reaksi dan perkongsian dengan ramai warganet memuji keberanian para pekerja menggagahi iklim lampau gunung tersebut demi melaksanakan tugasan mereka.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan