Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Kebimbangan tentang alam sekitar seperti perubahan iklim dan pengeluaran karbon kian mendapat tempat dalam wacana ramai. Namun bagaimana pula apabila pemimpin dunia dan penggubal dasar terus-menerus mengabaikan amaran lantang dari para pakar?

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Tracie Williams/Greenpeace)

Diterbitkan : 04 Oct 2020 05:18PM Dikemas Kini : 04 Oct 2020 05:31PM

BERITAmediacorp: Kebimbangan tentang alam sekitar seperti perubahan iklim dan pengeluaran karbon kian mendapat tempat dalam wacana ramai. Namun bagaimana pula apabila pemimpin dunia dan penggubal dasar terus-menerus mengabaikan amaran lantang dari para pakar?

Gambar Pilihan Hari Ini menunjukkan dua patung diperbuat daripada air batu yang memaparkan Presiden AS Donald Trump dan Presiden Brazil Jair Bolsonaro. Jika patung selalunya dibangunkan sebagai tanda penghormatan atau peringatan, kedua-dua ini sebaliknya satu tanda bantahan oleh anggota pergerakan pencinta alam Greenpeace di New York sempena bermulanya Sidang Biodiversiti PBB.

Kedua-dua pemimpin dunia itu antara yang terkenal dengan pendirian mereka yang kurang mengambil berat terhadap isu iklim dan mengutamakan kapitalisme. Menurut Greenpeace, dengan kedua-dua patung itu mula cair ia melambangkan "tindakan segera" yang perlu diambil untuk menangani krisis sekitaran dan kemusnahan biodiversiti yang meruncing. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan