Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Tempurung durian dalam Gambar Pilihan Hari Ini dinamakan PokeBoy setelah berjaya diubah menjadi sebuah konsol permainan yang berfungsi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Petikan video: YouTube)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 12:15PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 12:22PM

BERITAmediacorp: Tempurung durian dalam Gambar Pilihan Hari Ini dinamakan PokeBoy setelah berjaya diubah menjadi sebuah konsol permainan yang berfungsi.

Ia cetusan daya kreatif seorang pemuda dari Sekolah Sistem Maklumat di Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang sebelum ini pernah membangunkan konsol permainan serupa tetapi menggunakan tembikai.

Siswa tersebut mengambil masa sekitar dua minggu untuk menyelesaikan projek peribadinya itu dan tidak menafikan bahawa menggunakan raja buah lebih sukar berbanding tembikai kerana permukaannya yang tajam lagi kasar.

Beliau kemudian membawa PokeBoy ke pusat beli-belah Funan untuk membenarkan beberapa pengunjung mencuba alat tersebut yang menarik perhatian ramai. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan