Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

 Meskipun hidup dalam keadaan daif, kanak-kanak di Mexico ini kelihatan begitu tekun sekali membuat kerja sekolahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 03:21PM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 03:36PM

BERITAmediacorp: Meskipun hidup dalam keadaan daif, kanak-kanak di Mexico ini kelihatan begitu tekun sekali membuat kerja sekolahnya.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan seorang budak lelaki yang tinggal di kawasan pergunungan yang dibelenggu kemiskinan di selatan Mexico.

Kesungguhannya untuk menimba ilmu di tengah-tengah pandemik COVID-19 dihambat oleh akses untuk mendapatkan khidmat internet mahupun televisyen bagi membolehkan mereka untuk meneruskan pembelajaran.

Kanak-kanak di seluruh Mexico, yang merupakan antara negara dengan jumlah kes COVID-19 tertinggi di dunia itu, memulakan penggal baru pada bulan lalu melalui pembelajaran maya menerusi televisyen. Ini bagi mengekang penularan wabak itu.

Bagaimanapun di kawasan perkampungan San Miguel Amoltepec Viejo, iaitu daerah paling miskin di negara itu, khidmat teknologi sedemikian tidak wujud langsung. 

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan