Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

 Sebut sahaja tentang tikus, pasti ramai akan mula rasa geli kerana haiwan perosak itu kerap kali dikaitkan dengan kekotoran dan penyakit. Namun baru-baru ini, seekor tikus di Myanmar 'mengharumkan nama' spesies itu dengan menerima pingat emas.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Magawa, tikus 'wira' yang berjasa mengesan periuk api di Kemboja (Gambar: PDSA)

Diterbitkan : 25 Sep 2020 03:17PM Dikemas Kini : 25 Sep 2020 03:19PM

BERITAmediacorp: Sebut sahaja tentang tikus, pasti ramai akan mula rasa geli kerana haiwan perosak itu kerap kali dikaitkan dengan kekotoran dan penyakit. Namun baru-baru ini, seekor tikus di Myanmar 'mengharumkan nama' spesies itu dengan menerima pingat emas.

Gambar Pilihan Hari Ini menampilkan Magawa, seekor tikus yang diiktiraf oleh sebuah badan amal di Britain atas kerja-kerja "menyelamatkan nyawa" di Kemboja, di mana ia mengesan periuk api atau jerangkap samar.

Dilatih sejak kecil lagi, berat badan tikus-tikus seperti Magawa cukup ringan untuk menyentuh bahan letupan tanpa meledakkannya, menjadikan tugas penting itu lebih selamat.

Sepanjang hayatnya, Magawa sudah memeriksa kawasan seluas 141,000 meter persegi - atau seluas 20 padang bola! 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan