Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok tetapi menanggung malu biar sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Petikan video: Fatin Ameerah/Facebook)

Diterbitkan : 23 Sep 2020 11:17AM Dikemas Kini : 23 Sep 2020 11:22AM

BERITAmediacorp: Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok tetapi menanggung malu biar sendiri.

Jika persahabatan sudah akrab, mungkin tiada yang berkecil hati kalau diperlakukan seperti dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Dua rakan gadis ini nampaknya bergurau kasar apabila membelikan kawan mereka itu topeng kepala kuda berharga S$19.90 bagi menggantikan pelitup biasa.

Tindakan spontan itu dibuat setelah gadis tersebut meminta bantuan rakan-rakannya itu untuk membelikannya pelitup baru kerana pelitup yang dipakainya terjatuh ketika sedang makan malam bersama-sama.

Beliau terdiam seribu bahasa apabila menerima topeng itu namun terpaksa disarungnya juga kerana kalau tidak, beliau langsung tidak boleh bergerak ke mana-mana.

Bahananya? Gadis itu menjadi bahan jenaka sepanjang malam apabila heboh di media sosial kelibat seekor 'kuda' dilihat di pasar raya dan meluncur di taman permainan.  

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan