Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Melihat gambar ini sahaja mungkin sudah cukup untuk membuat seseorang berasa gayat. Gambar Pilihan Hari Ini dipetik semasa acara perlumbaan Tour de France baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: ANNE-CHRISTINE POUJOULAT/AFP)

Diterbitkan : 22 Sep 2020 01:26PM Dikemas Kini : 22 Sep 2020 01:33PM

BERITAmediacorp: Melihat gambar ini sahaja mungkin sudah cukup untuk membuat seseorang berasa gayat. Gambar Pilihan Hari Ini dipetik semasa acara perlumbaan Tour de France baru-baru ini.

Gambar tersebut menunjukkan para pelumba dan basikal mereka tergantung daripada kereta kabel Grenoble-Bastille, yang menghubungkan bandar Grenoble dengan Bastille di Perancis. Kereta kabel itu juga mendapat gelaran sebagai 'Les bulles' atau Buih, kerana bentuknya yang bulat.

Kereta kabel itu mempunyai ketinggian menegak lebih 260 meter. Ini sekaligus bermakna para pelumba tergantung daripada ketinggian lebih 70 tingkat. Jika diberi peluang untuk melakukan yang sama, beranikah anda sahut cabaran itu? 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan