Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Percaya atau tidak, seorang penumpang lelaki di dalam bas menuju ke Manchester 'memakai' seekor ular sebagai pelitup muka.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 18 Sep 2020 12:58PM Dikemas Kini : 18 Sep 2020 01:01PM

BERITAmediacorp: Percaya atau tidak, seorang penumpang lelaki di dalam bas menuju ke Manchester 'memakai' seekor ular sebagai pelitup muka.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab dan aneh lelaki itu yang dengan jelas mempersendakan sekatan-sekatan yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan virus korona termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka semasa menaiki pengangkutan awam di England.

Seorang lagi penumpang, yang tidak didedahkan identitinya berkata bahawa beliau sebelum itu bertanggapan lelaki tersebut memakai 'pelitup lain daripada yang lain' sebelum ternampak 'pelitup' itu mula bergerak.

Perbuatan lelaki itu dikecam oleh pihak berkuasa yang menegaskan bahawa ular tidak sepatutnya dijadikan sebagai 'pengganti' pelitup muka. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan