Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • thailand metal skeleton
    (Gambar: Romeo GACAD/AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAmediacorp: Bagaimana agaknya reaksi anda jika terlihat rangka seolah-oleh tengkorak manusia semasa menyelam di tengah-tengah laut? Walaupun mungkin menggerunkan, rangka dipetik dalam Gambar Pilihan Hari Ini sebenarnya memainkan fungsi penting dalam pemuliharaan alam sekitar.

Gambar ini dipetik di dasar laut dekat pulau Koh Tao di Teluk Thailand, yang memaparkan seorang penyelam berenang bersebelahan rangka-rangka besi yang dipasang di terumbu buatan di situ. Tujuannya adalah untuk membantu pemuliharaan batu karang dan ekosistem marin di perairan itu yang terjejas oleh kegiatan perikanan dan komersil.

Tidak lama lagi, rangka-rangka itu mungkin akan lebih kerap dikunjungsi sedang Thailand menilai rancangan mengeluarkan visa lawatan jangka panjang untuk pengunjung asing untuk merancakkan semula sektor pelancongannya pasca COVID-19.

LAPORAN BERKAITAN:


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

- BERITAmediacorp/TQ/tq

Top